-
Malaysia
Copyright © 2025 Powered by BCI Media Group Pty Ltd
30 January 2025 by Q Cons Home
Ramai yang nak bina rumah atas tanah sendiri namun tidak tahu asas panduan cara nak bina rumah.
Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum mula proses bina rumah idaman anda.
Dah sedia? Jom kita fahamkan 5 panduan cara nak bina rumah atas tanah sendiri.
1. Buat Persiapan Bajet
Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet yang merangkumi segala kos tanah dan rumah. Sekiranya anda merancang untuk buat pinjaman dari pihak bank, boleh semak kelayakan pinjaman di bank.
“Alahai, kenapa perlu buat bajet? Bank kan ada.”
Itu lah antara komen-komen dari tuan rumah. Sebenarnya, bank hanya meluluskan 90% sahaja pinjaman yang dipohon. Sekiranya anda memohon pinjaman untuk rumah ketiga, jumlah pinjaman akan berkurang sebanyak 80% sahaja. Jadi sangat perlu anda sediakan ‘cash’ yang cukup sekurang-kurangnya 15% – 20