-
Malaysia
Copyright © 2025 Powered by BCI Media Group Pty Ltd
30 January 2025 by Q Cons Home
Mudahnya Bina Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Zaman hari ini semakin mudah untuk memiliki rumah sendiri kerana terdapat pelbagai bentuk bantuan perumahan yang disediakan. Terutama bagi kakitangan kerajaan boleh memohon pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Jika dibandingkan dengan pinjaman lain, antara kelebihan pinjaman perumahan kerajaan ialah:
1. Pembiayaan sehingga 100%
Jika membuat pinjaman bank, jumlah pembiayaan yang diberi hanya 90% paling maksimum dan selebihnya harus dibayar menggunakan wang deposit. Namun dengan LPPSA, anda layak mendapat pembiayaan sebanyak 100% maksimum, dan tidak perlu sediakan wang deposit.
2. Kadar tetap faedah (interest) serendah 4%
Pinjaman bank mengenakan 4-7% kadar faedah. Namun ianya masih tergantung harga rumah anda. Semakin tinggi harga rumah idaman anda, semakin rendah kadar faedah yang akan dikenakan. Ini kerana bank bergantung kepada Base Learning Rate (BLR). Dengan LPPSA anda dapat jimatkan kadar faedah kerana kadar tetap ini sangat rendah. 4% setahun. Susah juga nak dapat kadar serendah ini di tempat lain.
3. Tempoh pinjaman maksimum
Berkenaan tempoh pinjaman, melalui pinjaman bank anda hanya layak dibiaya sehingga usia anda mencecah 75tahun. Manakala dengan LPPSA, pembiayaan adalah semaksimum umur anda 90 tahun.
Tempoh pinjaman yang diberi oleh LPPSA ada seperti berikut:
Mudahkan?
Namun bagi yang bukan kakitangan kerajaan jangan sedih, ini antara bantuan kerajaan lain yang boleh bantu anda memiliki rumah pertama dengan mudah:
Ada yang bertanya,
“Macamana ya saya nak mohon pinjaman LPPSA jika nama saya blacklisted CTOS / CCRIS”
Anda tidak perlu risau kerana masih boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA. Lebih menarik lagi, LPPSA menyediakan bantuan khas bagi kakitangan kerajaan yang ingin memiliki kediaman sendiri sehingga RM700,000.
SYARAT PINJAMAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
Diingatkan bagi mereka yang layak dan berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan tetapi sudah mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri adalah tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam (LPPSA) ini.
Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.
Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan- Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.
Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Bagi anda yang ingin membuat pinjaman bina rumah atas tanah sendiri perlu patuhi beberapa syarat dan garis panduan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) antaranya ialah :
QConsHome sedia beri bimbingan kepada anda berkenaan urusan pinjaman LPPSA supaya anda dapat bina rumah di atas tanah sendiri dengan mudah. Terus hubungi QConsHome untuk dapatkan info lanjut bina rumah dengan pinjaman untuk kakitangan kerajaan.